Politik UMNO Hasan_Arifin

Hasan mula menyertai Umno pada tahun 1976 dan kemudian dilantik menjadi ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan pada 1978. Beliau menjadi Ketua Pemuda Umno bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin dengan memegang jawatan yang sama pada 1986.

Semasa menjadi ADUN Bukit Ibam, Hasan berjaya membangunkan Projek Sawah Padi Paya Laka seluas 4,451.4 hektar di Kampung Sepayang Kuala Rompin dan 6,070 hektar sawah padi di Paya Setajam, Kampung Setajam. Beliau juga bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng yang sehingga kini menjadi antara nadi kegiatan ekonomi Pahang. Selain itu memainkan peranan untuk memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan.

Calon PRK Rompin 2015

Nama beliau diumumkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Rompin.Majis itu turut disertai oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi BN negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan kepemimpinan parti komponen BN Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Hasan telah dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk mengetuai jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan dilantik oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia pada 19 Oktober 2015. Beliau mengambil alih dari Nur Jazlan Mohamed yang meletak jawatan dari PAC selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri oleh Najib.

Jawatan

  • Pengerusi PAC (Oktober 2015-Mei 2018)
  • Ahli Majlis tertinggi UMNO (2000-2003)

Alamat

Blok C-07-06, Plaza Mont Kiara 2,Jalan 1/70C, 50480 Kuala_LumpurTel : 03-62019957 /09-5551180Fax : 03-62019958

Rujukan

WikiPedia: Hasan_Arifin http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/sp/newssports... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.utusan.com.my/berita/politik/hasan-taru... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/no-need-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaysiakini.com/news/329857 https://www.malaysiakini.com/news/338507 https://www.malaysiakini.com/news/347932 https://www.theedgemarkets.com/article/shahrol-met... https://www.themalaysianinsight.com/s/44811